Drowned

Banjir di Lembangan Sungai Kelantan pada Disember 2014 yang juga dikenali sebagai Bah Kuning merupakan salah satu banjir terbesar dan terburuk dalam sejarah negara. Bah Kuning yang melanda akhir tahun 2014 adalah rekod baru yang memadam rekod Bah Merah yang berlaku pada tahun 1927 dan 1967.

Bah Kuning ini ditaksirkan menelan kerugian berbilion ringgit yang dialami oleh penduduk yang terlibat secara langsung. Banyak harta benda, tanaman, binatang ternakan, serta barang perniagaan telah musnah. Bah ini pula membabitkan hampir semua daerah di negeri Kelantan kecuali dua daerah sahaja yang terlepas iaitu Pasir Puteh dan Bachok.

Related posts

Leave a Comment